Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hailey Baldwin hampir terkena strok ketika sarapan

    Isteri kepada penyanyi Justin Bieber iaitu Hailey Baldwin berkongsi detik mencemaskan apabila dia mengalami simptom serangan strok baru-baru ini.

    Menerusi laporan Hollywoodlife, Hailey memberitahu kejadian itu berlaku ketika dia sedang menikmati sarapan pagi bersama suaminya.

    Selepas menjalani pemeriksaan di hospital, doktor mengesahkan terdapat ketulan kecil darah beku dalam otak yang menyebabkan model itu kekurangan oksigen.

    “Saya alami simptom serangan strok ketika sedang menikmati sarapan dengan suami dan dibawa terus ke hospital pada pagi Khamis.

    “Selepas jalani pemeriksaan, doktor mengesahkan saya mempunyai ketulan kecil darah beku dalam otak yang menyebabkan saya kekurangan oksigen.

    Doktor mengesahkan Hailey Baldwin mempunyai ketulan kecil darah beku dalam otak yang menyebabkan dia kekurangan oksigen. – Agensi

    “Tapi badan saya berjaya mengatasinya dan saya pulih dalam beberapa jam,” kata Hailey.

    Dalam pada itu, Hailey mengakui apa yang berlaku itu merupakan insiden yang paling menakutkan pernah dialaminya.

    Kini dalam keadaan baik, Hailey turut bersyukur dan berterima kasih kepada semua terutama doktor dan jururawat yang merawatnya.

    “Bagi saya, ia merupakan momen paling menakutkan yang saya pernah alami. Kini saya di rumah dan dalam keadaan baik.

    “Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua doktor terbaik dan jururawat yang merawat saya. Terima kasih kepada semua yang ambil berat,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda