Saturday, September 14, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hakim Texas gantung sementara dasar imigresen Biden

    HOUSTON, 27 OGOS – Seorang hakim di Texas kelmarin mengarahkan penggantungan sementara dasar yang akan mempermudahkan proses bagi pasangan warga Amerika Syarikat (AS) untuk mendapatkan status sah di negara itu.

    Langkah tersebut merupakan satu tamparan kepada salah satu dasar pembaharuan imigresen terbesar Presiden AS, Joe Biden.

    Hakim J Campbell Barker telah meluluskan penangguhan pentadbiran selama 14 hari dalam kes yang dibawa oleh peguam negara Republikan dari 16 negeri AS yang mencabar dasar pentadbiran Biden.

    Pada Jun, Biden mengumumkan dasar baharu itu, yang mempermudahkan laluan mendapatkan kewarganegaraan bagi kira-kira setengah juta pendatang yang berkahwin dengan warga AS.

    Walau bagaimanapun, 16 negeri yang membawa tuntutan mahkamah itu mengatakan bahawa dasar tersebut menyebabkan mereka kerugian berjuta-juta dolar dalam perkhidmatan awam termasuk penjagaan kesihatan, pendidikan dan penguatkuasaan undang-undang.

    “Tuntutan ini adalah besar dan memerlukan pertimbangan yang lebih teliti daripada yang dapat diberikan oleh mahkamah setakat ini,” tulis Hakim Barker dalam perintahnya.

    “Ini hanyalah langkah pertama. Kami akan terus berjuang untuk Texas, negara kita dan kedaulatan undang-undang,” kata Peguam Negara Texas, Ken Paxton, yang negerinya terlibat dalam kes berkenaan, dalam satu hantaran di platform media sosial X selepas perintah tersebut. – AFP

    Foto bertarikh 23 Februari menunjukkan Biden bercakap semasa acara bersama Persatuan Gabenor Kebangsaan di Bilik Timur, Rumah Putih, di Washington. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda