Sunday, October 6, 2024
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hamilton akhirnya muncul juara

    BEIJING, 8 JULAI – Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton menitiskan air mata kegembiraan ketika memenangi perlumbaan Formula Satu Grand Prix British kelmarin, muncul sebagai juara selepas pertempuran panjang dalam perlumbaan dengan Max Verstappen dan Lando Norris dalam keadaan cuaca yang berubah-ubah.

    Hamilton memulakan perlumbaan di petak kedua di belakang rakan sepasukan, George Russell, yang memimpin perlumbaan, dengan Verstappen dari Red Bull mengatasi Norris dari McLaren yang menduduki tempat ketiga.

    “Sejak 2021, setiap hari saya bangun dan berjuang untuk berlatih dan memberikan sepenuh perhatian saya kepada tugas dan bekerja sekeras mungkin dengan pasukan yang hebat ini,” kata Hamilton dengan penuh emosi, yang menjadi pemandu pertama yang memenangi sembilan kali di litar yang sama.

    “Ini adalah perlumbaan terakhir saya di Grand Prix British bersama pasukan ini. Saya sangat mahu memenangi perlumbaan ini untuk mereka kerana saya sangat menghargai dan mencintai mereka.

    “Semua kerja keras yang mereka lakukan selama ini. Saya sentiasa berterima kasih kepada semua orang di Mercedes dan semua rakan kongsi kami. Dan kepada semua peminat kami yang luar biasa. Saya dapat melihat awda pusingan demi pusingan. Tiada perasaan yang lebih hebat daripada menamatkan perlumbaan di tempat pertama di sini,” katanya. – Xinhua

    Hamilton meraikan kejayaan di atas podium selepas memenangi perlumbaan Grand Prix British di litar Silverstone, England pada 7 Julai 2024. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda