Thursday, January 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hampir 100 lubang jalan dikesan berikutan hujan lebat berterusan

    SINGAPURA, 15 JAN – Hampir 100 lubang jalan dikesan di seluruh Singapura dalam 12 hari pertama Januari 2025 berikutan hujan lebat yang berterusan, lapor Xinhua.

    Angka itu jauh lebih rendah berbanding tempoh sama pada 2024, menurut data daripada Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) yang dipetik oleh akhbar tempatan The Straits Times kelmarin.

    Lubang jalan biasanya terbentuk apabila air meresap ke dalam rekahan pada permukaan jalan akibat hakisan biasa. Rekahan itu melebar apabila kenderaan melalui kawasan tersebut, satu proses yang semakin teruk akibat hujan lebat yang berpanjangan, jelas jurucakap LTA.

    Pemeliharaan jalan yang proaktif membantu mengurangkan jumlah lubang jalan yang dikesan setiap tahun dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Data LTA menunjukkan penurunan daripada 9,702 lubang jalan pada 2021 kepada 3,013 pada 2024. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda