BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Jun – Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), hari ini, telah mengungkayahkan Majlis Junjung Ziarah Hari Raya Aidilfitri bagi Mualaf Senegara ke Istana Nurul Iman dan ke kediaman orang-orang kenamaan.
Seramai 580 orang mualaf dari keempat-empat daerah menyertai rombongan junjung ziarah berkenaan dengan diketuai oleh Pemangku Penolong Pengarah PDI, Haji Abdul Aziz bin Haji Abdul Kahar.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)