SOFIA, 19 MAC – Pihak berkuasa Bulgaria merampas 77.748 kilogram (kg) ganja di pusat pemeriksaan Lesovo, sempadan negara itu dengan Turkiye, menurut kenyataan Agensi Kastam Kebangsaan (NCA) kelmarin.
Dadah yang dibungkus dalam 115 pek vakum itu dirampas dalam dua pemeriksaan berasingan, masing-masing melibatkan sebuah van dan sebuah kereta penumpang, kata NCA.
Rampasan pertama berlaku pada Jumaat apabila pegawai kastam menemui 100 pek ganja seberat 60.176kg dalam sebuah van berdaftar di luar negara.
Kenderaan itu dipandu oleh seorang warga Romania yang memasuki Bulgaria dari Turkiye.
Insiden kedua berlaku pada Ahad apabila pegawai pemeriksa menemukan 15 pek ganja seberat 17.572kg yang disembunyikan dalam bampar hadapan dan belakang sebuah kereta berdaftar di Bulgaria. Pemandunya, seorang rakyat Bulgaria, dipercayai cuba meninggalkan negara itu. – Xinhua
