Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hampir 90% lengkap vaksinasi

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 DIS – Jumlah penduduk Negara Brunei Darussalam yang telah mendapatkan dua dos vaksin COVID-19 hampir mencecah 90 peratus dengan 385,414 orang iaitu 89.6 peratus telah melengkapkannya setakat kelmarin.

    Seramai 3,827 orang di seluruh Negara Brunei Darussalam telah menerima suntikan vaksin COVID-19, kelmarin, yang termasuk seramai 3,007 orang dalam kalangan remaja berumur 12 hingga 17 tahun.

    “Dengan itu, jumlah orang yang menerima satu dos vaksin COVID-19 ialah 405,092 orang iaitu 94.2 peratus daripada jumlah penduduk negara,” ujar Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Sehubungan itu, negara kini telah mencatatkan sebanyak 790,506 jumlah pemberian dos pertama dan dos kedua vaksin COVID-19, sejak ia mula diberikan pada 3 April lalu.

    Daerah Brunei dan Muara mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 507,503 diikuti dengan Daerah Belait sebanyak 107,456, Daerah Tutong mencatatkan 91,974 dan Daerah Temburong sebanyak 83,573.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda