Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hatrik Camara bawa Brest di landasan tepat

    PARIS, 25 FEB – Mahdi Camara menjaringkan hatrik ketika Brest menewaskan Strasbourg 3-0 kelmarin untuk kekal di tempat kedua dalam Ligue 1 dan tetap berada di landasan untuk penampilan yang tidak dijangka dalam Liga Juara-Juara.

    Kemenangan itu mengekalkan Brest 10 mata di belakang juara bertahan Paris Saint-Germain yang akan menerima kunjungan Rennes hari ini.

    Camara membuka jaringan selepas 33 minit apabila dia mengambil kesempatan daripada ketidaktentuan pertahanan Strasbourg untuk menolak bola melepasi penjaga gol dari Maghribi, Alaa Bellaarouch.

    Tujuh minit kemudian, pemain tengah berusia 25 tahun itu menjadikan kedudukan 2-0 dengan menyempurnakan hantaran lintang Martin Satriano.

    Dia melengkapkan hatrik pertama dalam kariernya dengan menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-60 selepas bola terkena tangan di kawasan Strasbourg.

    Brest kini belum pernah tewas dalam 12 perlawanan Ligue 1 terakhir mereka dengan kekalahan terakhir mereka berlaku pada 5 November.

    Strasbourg, yang dibimbing oleh pemenang Piala Dunia Perancis, Patrick Vieira, telah tewas empat perlawanan terakhir mereka. – AFP

    Reaksi Camara meraikan gol ketiga pasukannya semasa perlawanan antara RC Strasbourg Alsace dan stade Brestois 29 di Stade de la Meinau di Strasbourg, timur Perancis pada 24 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda