LONDON, 22 DIS – Ketua pasukan Liverpool, Jordan Henderson bimbang mengenai kebajikan pemain yang tidak diberikan keutamaan ketika perlawanan liga terus bergelut dengan impak pandemik COVID-19.
Liga Perdana Inggeris (EPL) mengumumkan pada Isnin tindakan untuk meneruskan jadual perlawanan pada musim perayaan Hari Krismas dan Tahun Baharu, meskipun lebih 90 kes koronavirus disahkan di kalangan pemain dan kakitangan pada minggu lalu.
Hujung minggu lalu, enam daripada 10 jadual perlawanan EPL terpaksa dibatalkan kerana penularan koronavirus, dengan Henderson memberitahu BBC.
“Saya tidak merasa orang boleh melihat berapa tegangnya keadaan sehingga awda melihatnya sendiri.
“Bola sepak bagi kami adalah segalanya dan kami mahu membuat persembahan di peringkat tertinggi setiap kali kami melangkah ke padang. Tetapi malangnya, pada masa ini ia sukar untuk dilakukan.”
Henderson, 31, kemudian menambah, “Ia berlaku seperti ini sejak beberapa tahun dan ia sangat sukar tetapi sekarang ditambah dengan COVID-19 dan ia menjadikannya lebih sukar dan teruk.
“Saya bimbang tiada sesiapa yang mengambil kebajikan pemain dengan serius.”
Liverpool tanpa beberapa pemain utama ketika menentang Tottenham pada hujung minggu lalu, termasuk Virgil van Dijk, Fabinho dan Thiago Alcantara. – AFP