Saturday, October 26, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hidangan kreatif, menambat selera

    KOTA DAMANSARA – Suasana yang tidak dijangka sentiasa wujud apabila seseorang duduk berhampiran kaunter menghadap dapur terbuka, sambil menunggu hidangan yang tersedia di salah sebuah restoran di Kota Damansara, yang khusus dalam masakan yang dipanggang dengan arang. Cef David Tay bekerja dengan lima pasukannya, masing-masing menyumbang kreativiti mereka untuk setiap hidangan.

    Menu Eksploration terdiri daripada hida-ngan 10 jenis sajian bermula dengan Souvlaki On Raita berasaskan sayur-sayuran yang kelihatan seperti taco mini, rangup setiap kali dimakan. Selain itu, arancini udang kristal juga rangup dan lazat dengan ketumbar aioli dan topping masam manis nanas, seakan-akan rasa asam laksa.

    Ia adalah cara terbaik untuk makan polenta yang menjadi asas bagi tuna sirip kuning dan Ikura yang telah dipanggang dan dipotong dalam bentuk dadu, di mana teksturnya lembut dan enak.

    Selain itu, kerang Hokkaido sebagai ceviche dalam sos avokado dengan kedongdong yang sedikit berasid membangkitkan selera. Ia amat menyelerakan apabila dimakan bersama kerang mentah manis yang dilapis di antara kepingan nipis avakado dan oren. Sedikit minyak cili menambahkan rasa pedas.

    Hidangan seterusnya ialah Itik Kapitan yang disumbat dalam ravioli bersama sos limau dari tobiko dan keju parut. Ravioli yang diletakkan di atas sos limau itu menunjukkan gandingan yang harmoni dan sempurna ala Timur dan Barat.

    Arancini udang kristal. – ANN/TheStar
    Itik kapitan disumbat ravioli. – ANN/TheStar
    Souvalaki On Raita. – ANN/TheStar
    Gambar kameatwithme
    Aiskrim genmaicha dengan kek lava. – ANN/TheStar
    Itik perap asam jawa. – ANN/TheStar

    Begitu juga dengan bunga zucchini yang disumbat dalam gaya tempura dengan babaganoush mempunyai tarikannya tersendiri. Sos yogurt creme fraiche dengan sumac dan harissa pula melengkapkan hidangan itu.

    Di samping itu, hidangan ikan kod dengan sos Chimichurri disajikan dalam periuk tanah liat juga menambat selera. Kuah kuning itu pedas dan masam dengan tomato, bawang, ketumbar dan bunga kantan.

    “Ia adalah satu cabaran memasak dengan arang,” kata Tay sementara kami menantikan hidangan itik diperap dengan asam jawa.

    Ia telah direndam selama dua jam dalam larutan garam, gula, biji ketumbar, jintan, lada dan daun salam. Ia seterusnya diperap dalam peti sejuk selama 25 hari sebelum dibakar di atas arang.

    Isi dada itik berwarna merah jambu dan kulit keemasan yang rangup dipotong di hadapan kami. Rasanya sungguh lazat apabila dihidangkan dengan kuah kari hijau, sos asam jawa, sambal mangga dan tuille labu.

    Sementara itu, Signature Claypot merupakan hidangan yang menjadi kepakaran rakan kongsi perniagaan Tay, Yeoh Wei Chieh. Ia adalah hidangan nasi basmati ditaburi dengan hirisan daun bawang dan daging itik goreng di tengah, lengkap dengan lemak itik goreng dan potong dadu keladi yang rangup.

    Nasi itu dicedok dengan aroma sos halia yang mempunyai rasa sedikit manis, bawang putih, bawang merah dan buah-buahan.

    Sementara itu, sajian tidak akan lengkap tanpa pencuci mulut yang terdiri daripada granita pisang, kelapa dengan kacang hazel.

    Satu pencuci mulut yang menjadi kestimewaan Tay ialah ais krim gemeicha dengan kek lava dan pecan rangup juga menjadi tarikan. Terdapat juga kuih berintikan mentega kacang di dalamnya, eclair mini dengan krim limau dan durian D24. – ANN/TheStar

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda