Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hijab Rindu luahan emosi Black

    Penyanyi Black Hanifah kembali dengan single penuh emosi, Hijab Rindu yang membawa tema kasih sayang dan kehidupan.

    Single Hijab Rindu ciptaan Rudy Nastia bersama rakan kolaborasi, Nyawa Black, Kelana dan Adi Pawana dengan lirik ditulis oleh Adi Pawana dan Rudy Nastia.

    Dengan sentuhan Rudy sebagai penerbit dan susunan vokal dilakukan oleh Afif Tirmizie, Hijab Rindu adalah karya menyentuh jiwa buat insan yang menghargai keluarga dan detik berharga dalam hidup.

    Menurut BH Online, Black berkata, Hijab Rindu menghargai setiap memori dan menjadikannya sumber kekuatan menghadapi masa depan.

    “Setiap bait lirik dan melodi diolah dengan teliti, menjadikan single ini berbeza daripada karya sebelumnya, namun masih mengekalkan gaya nyanyian tersendiri.

    Black kembali dengan single penuh emosi yang membawa tema kasih sayang dan kehidupan. – mStar

    “Single Hijab Rindu sangat bermakna kerana saya berdepan cabaran vokal selepas pembedahan pada pita suara, baru-baru ini.

    “Proses rakaman Hijab Rindu memerlukan penyesuaian dalam nada dan pemilihan key betul. Namun, tugas saya dipermudahkan dengan bantuan Afif dan alunan gitar, Rudy.

    “Sebelum ini, saya boleh mencapai suara tinggi dengan selesa, namun saya berdepan dengan masalah pita suara. Dengan sokongan Afif, Rudy dan pengalaman sendiri, saya dapat menjadikan single Hijab Rindu seperti diimpikan,” kata Black.

    Katanya, single Hijab Rindu sangat bermakna bagi pendengar yang bergelar ibu bapa dan memiliki keluarga.

    “Dengan mesej berteraskan keluarga, single Hijab Rindu menyentuh jiwa mereka yang melalui suka duka bersama keluarga, sekali gus mencipta ikatan emosi yang kuat,” katanya.

    Lebih manis, sebahagian video muzik Hijab Rindu dirakam di Perth, Australia yang turut menampilkan isteri dan anak-anak Black.

    “Ini adalah cerita yang tidak perlu dijelaskan dan mesej tidak perlu dihebahkan kerana semuanya disampaikan dalam melodi lagu ini,” katanya.

    Single Hijab Rindu terbitan Nova Music boleh mula distrim di semua pelantar penstriman muzik sejak semalam. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda