Wednesday, December 4, 2024
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hong Kong akan pamer 2,500 arca panda

    HONG KONG, 3 DIS – Ribuan arca panda gergasi akan menyambut penduduk dan pelancong bermula Sabtu ini di Hong Kong, memanfaatkan semangat yang meningkat terhadap haiwan comel itu selepas kelahiran dua anak panda di taman tema tempatan.

    Sebanyak 2,500 arca itu dipamerkan dalam majlis pelancaran PANDA GO! FEST HK, pameran bertemakan panda terbesar di bandar itu, yang berlangsung di lapangan terbang Hong Kong kelmarin. Arca-arca itu akan dipamerkan kepada orang ramai di Avenue of Stars, Tsim Sha Tsui, sebuah daerah membeli-belah popular, hujung minggu ini sebelum bergerak ke tiga lokasi lain sepanjang bulan ini.

    Salah satu lokasi yang dipilih ialah Ocean Park, tempat tinggal anak panda kembar bersama ibu bapa mereka dan dua panda lain yang dihadiahkan oleh Beijing tahun ini. Enam daripada arca itu diilhamkan oleh keluarga panda tersebut, direka menggunakan bahan seperti tong getah dan resin kitar semula.

    Anak panda kembar itu yang kelahiran mereka pada bulan Ogos menjadikan ibu haiwan itu, Ying Ying, sebagai panda pertama kali melahirkan pada usia tertua di dunia, dijangka bertemu pengunjung seawal Februari.

    Dalam satu acara pratonton media berasingan kelmarin, pasangan panda baharu hadiah daripada Beijing, An An dan Ke Ke, yang tiba pada September, kelihatan santai di kediaman baharu mereka di Ocean Park. An An kelihatan menikmati buluh di hadapan kamera, manakala Ke Ke memanjat struktur yang disediakan. Mereka dijadualkan bertemu dengan orang ramai pada Ahad.

    Pameran itu mencerminkan usaha Hong Kong menggunakan panda sebagai daya tarikan untuk meningkatkan ekonominya, selaras dengan usahanya untuk kembali menjadi salah satu destinasi pelancongan utama di Asia. – AP

    Sebahagian daripada 2500 arca panda dipamerkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 2 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda