Thursday, April 24, 2025
30.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hoondoo tertarik menyanyi lagu bahasa Melayu

    Peserta duo Big Stage musim kelima (BS5) dari Korea Selatan, Hoondoo mengakui perbezaan bahasa merupakan salah satu cabaran yang perlu dilalui sepanjang bertanding dalam program realiti nyanyian berkenaan.

    Hoondoo dianggotai oleh Lee Seung Hoon, 34, dan Doo Jin Soo, 33, bagaimanapun berkata mereka tidak mahu mengalah dan yakin mampu memberikan saingan dalam program berkenaan.

    Hoondoo berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media minggu pertama Big Stage musim kelima yang diadakan di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, Selangor pada malam Ahad.

    Dalam pada itu, duo berkenaan turut bersyukur dengan kehadiran peserta Isaac Voo yang juga merupakan anggota kumpulan Skye atau sebelum ini dikenali dengan nama in2it yang bertapak dalam industri hiburan di Korea Selatan.

    Kata Hoondoo, Isaac banyak membantu dengan memberikan penjelasan setiap kali mereka berdepan dengan masalah komunikasi.

    Ia sekali gus membuatkan Hoondoon berasa selesa untuk terus memberikan saingan dalam pentas BS5.

    Hoondoo sebelum ini dikenali apabila kerap merakamkan lagu cover berbahasa Melayu di laman YouTube rasmi mereka.

    Dalam pada itu, Hoondoo berkata ketua juri iaitu Aina Abdul banyak memberikan inspirasi kepada mereka untuk menyanyikan lagu bahasa Melayu.

    Pada malam Ahad, Hoondoo muncul sebagai peserta yang menduduki kedudukan teratas dengan markah tertinggi iaitu sebanyak 81 peratus. – Agensi

    Hoondoo akui tertarik menyanyikan lagu bahasa Melayu setelah didorong oleh Aina Abdul untuk mencubanya. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda