Thursday, September 19, 2024
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Horner: Pekerja Red Bull kemuka aduan kepada FIA

    LONDON, 17 MAC – Pekerja wanita Red Bull yang berada di tengah-tengah dakwaan Christian Horner telah mengemukakan aduan rasmi kepada badan induk Formula Satu (F1), FIA, lapor BBC, kelmarin.

    Dakwaan tingkah laku yang tidak senonoh terhadap ketua pasukan Red Bull yang sedang berhadapan dengan masalah, telah membayangi minggu-minggu pembukaan musim F1 tahun ini.

    Horner dibebaskan daripada tuduhan salah laku oleh siasatan dalaman yang dijalankan oleh syarikat induk Red Bull bulan lalu.

    Namun, kisah itu tidak berakhir di situ apabila satu e-mel tanpa nama dihantar kepada kakitangan F1 dan media pada keesokan harinya yang mengandungi mesej daripada Horner kepada seorang anggota wanita pasukan tersebut.

    Red Bull kemudiannya menggantung pekerja yang menjadi tumpuan dakwaan tersebut.

    Christian Horner bersama isterinya semasa menghadiri upacara podium Grand Prix F1 Arab Saudi. – AFP

    Walau bagaimanapun, dia kini merayu penggantungan itu dengan Red Bull GmbH, syarikat induk pasukan F1.

    Horner telah membimbing Red Bull meraih enam kemenangan kejuaraan dan tujuh kemenangan sejak 2005, termasuk tiga kemenangan terakhir yang dimenangi oleh Max Verstappen.

    Tetapi bapa kepada bintang itu, Jos Verstappen, mendakwa awal bulan ini bahawa Red Bull akan menghadapi ‘pepecahan’ jika Horner kekal dalam jawatannya.

    Dalam satu kenyataan kepada AFP, FIA berkata, “Pertanyaan dan aduan diterima dan diuruskan oleh pegawai pematuhan dan jawatankuasa etika, di mana wajar.

    “Kedua-dua badan beroperasi secara bebas, menjamin kerahsiaan yang ketat sepanjang proses. Akibatnya, dan secara amnya, kami tidak dapat mengesahkan penerimaan sebarang aduan yang khusus.”

    Horner, 50, sentiasa menafikan dakwaan yang dikemukakan terhadapnya.

    Dia ditemani isterinya iaitu bekas bintang pop Spice Girls, Geri Halliwell, pada dua perlumbaan Grand Prix pertama musim ini.

    “Terdapat rungutan yang dibangkitkan, ia ditangani dengan cara yang sangat profesional,” kata Horner menjelang Grand Prix Bahrain. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda