Thursday, September 19, 2024
34.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hovland ungguli Kejohanan BMW

    OLYMPIA FIELDS, 21 OGOS – Viktor Hovland dari Norway melakukan tujuh birdie daripada sembilan lubang terakhir untuk mencatatkan rekod lapangan 61 pukulan sekali gus memenangi Kejohanan BMW Jelajah PGA, acara playoff Piala FedEx kedua terakhir.

    Pemain berusia 25 tahun dari Oslo itu mencatat 10 birdie dan hanya satu bogey, melakukan 28 pukulan pada sembilan lubang terakhir bagi mencatat sembilan di bawah par sekali gus membolehkannya mengumpul 17 di bawah 263 selepas 72 lubang di Olympia Fields di pinggir bandar Chicago.

    “Sudah tentu ia adalah pusingan terbaik yang pernah saya beraksi,” kata Hovland.

    “Memandangkan keadaan, pusingan playoff di padang golf ini dan cara saya menamatkan saingan pada sembilan lubang terakhir ia adalah agak istimewa.”

    Pemain nombor satu dunia, Scottie Scheffler dari Amerika Syarikat (AS) dan wakil England, Matthew Fitzpatrick, pemenang Terbuka AS tahun lalu, mencatatkan 66 pukulan untuk berkongsi tempat kedua, manakala pemain nombor dua dunia, Rory McIlroy di tempat keempat selepas melakukan 268 selepas 66.

    Hovland melakukan birdie di lubang ke-18 untuk memecahkan rekod lapangan lama 62, yang dibuat pada pusingan kedua oleh Max Homa dari AS dan seorang lagi pemain AS, Sam Burns mencatat jumlah pukulan sama pada pusingan ketiga.

    “Jelas sekali saya melakukan beberapa pukulan hebat dan berjaya menyempurnakan putt,” kata Hovland. – AFP

    Viktor Hovland bergambar bersama trofi selepas memegangi Kejohanan BMW di Olympia Fields, Illinois pada 20 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda