FUKUOKA, JEPUN, 28 JULAI – Hubert Kos dari Hungary telah memenangi acara 200m gaya kuak lentang lelaki pada kejohanan dunia renang awal pagi tadi.
Kos mencatat masa satu minit 54.14 saat untuk mengalahkan Ryan Murphy dari Amerika dengan catatan masa satu minit 54.83 dan Roman Mityukov dari Switzerland dengan catatan masa satu minit 55.34.
Kos telah menjalani latihan di bawah bimbingan Bob Bowman, bekas mentor Michael Phelps yang juga melatih perenang hebat dari Perancis, Leon Marchand.
Kos berkata kemenangannya adalah hasil daripada ‘kesan Bob Bowman.’ “Itulah sebaik-baiknya penjelasan,” katanya. “Saya telah berlatih dengan dia selama setengah tahun sekarang dan kami mempunyai kumpulan latihan yang sangat bagus. Bob tahu banyak perkara tentang sukan renang,” tambahnya.
Murphy sebelum ini telah mengalahkan pemegang rekod dunia Itali, Thomas Ceccon untuk memenangi gelaran 100m gaya kuak lentang pada awal minggu ini. Mityukov pula merupakan peserta terpantas dari peringkat separuh akhir.
Kos baru sahaja berubah menjadi seorang pakar gaya Kuak lentang dalam tempoh setahun yang lalu. – AFP
