Tuesday, September 10, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hubungan Jung Eum, atlet bola keranjang tidak sampai sebulan

    Belum sampai sebulan mengumumkan percintaan, hubungan pelakon Hwang Jung Eum dengan atlet kebangsaan bola keranjang Korea Selatan bernama Kim Jong Kyu dilaporkan sudah berakhir.

    Perkara tersebut disahkan oleh wakil pengurusan Jung Eum iaitu Y1 Entertainment yang memberitahu kedua-dua mereka bersetuju untuk membawa haluan masing-masing, dedah mStar.

    “Pelakon Hwang Jung Eum membuat keputusan untuk meneruskan hubu-ngan baik dengan seorang lelaki yang dikenalinya baru-baru ini,” jelas wakil berkenaan.

    Meskipun tidak menyebut nama, namun kenyataan tersebut jelas selepas Jung Eum dan Jong Kyu sama-sama mendedahkan hubungan romantis mereka sejak 22 Julai lalu.

    Sementara itu, menurut teman rapat kepada Jung Eum, antara punca mereka mengakhiri hubungan cinta adalah disebabkan faktor tekanan.

    Mereka yang mula berkenalan sejak beberapa bulan lalu cuba untuk merahsiakan hubungan tersebut.

    Bagaimanapun kisah mereka terus menjadi perhatian selepas secara terbuka berkongsi tentang percintaan tersebut sehingga menimbulkan rasa kurang selesa. – Agensi

    Jung Eum dan Jong Kyu pilih jalan berpisah. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda