Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ikea sedia buka cawangan di India

    MUMBAI, 24 Jun – Syarikat gergasi Ikea bersedia membuka kedai dan restoran pertamanya di India selepas bertahun-tahun mencuba tetapi boleh dikatakan item yang paling terkenal ialah ‘bebola daging Sweden’.

    Ikea, peruncit perabot terbesar di dunia, akan memotong riben perasmiannya di bangunan seluas 37,000 meter persegi di selatan bandar Hyderabad, lengkap dengan kafeteria yang memuatkan 1,000 tempat duduk. Restoran itu akan menjadi restoran yang terbesar di Ikea dan akan memenuhi cita rasa tempatan.

    “Pengunjung akan menikmati bebola daging ayam dan vegetarian,” Patrik Antoni, wakil pengurus Ikea bagi India, memberitahu AFP semasa wawancara di ibu kota kewangan India di Mumbai.

    “Sebanyak 50 peratus daripada makanan itu diilhamkan dari Sweden, salmon, udang dan sebagainya. Kami juga akan mempunyai beberapa hidangan India seperti dal makhani, biryani, samosa,” katanya.

    Multinasional Sweden, yang merevolusikan perabot rumah tangga dengan rangkaian produk siap pakai yang mampu dimiliki, adalah pertaruhan besar di India kerana ia mencari pendapatan baharu dari pasaran utamanya di Barat.

    Gambar fail bertarikh 22 Jun 2018 menunjukkan tapak bawah bangunan kedai Ikea di Hyderabad. Syarikat gergasi Ikea bersedia membuka kedai dan restoran pertamanya di India. – AFP

    Ikea merancang untuk melabur AS$1.5 bilion dalam ekonomi ketiga terbesar di Asia yang bertujuan untuk menarik minat kaum India dalam memenuhi keperluan perabot mereka di kedai-kedai tempatan.

    Ikea telah menghabiskan hampir AS$750 juta untuk mendapatkan tapak untuk empat kedai, termasuk Hyderabad yang akan dibuka pada bulan Julai pada tarikh yang belum diumumkan.

    Kedai-kedai di Mumbai, Bangalore dan ibu kota New Delhi dijangka akan dibuka, Antoni berkata, tanpa meletakkan tarikh masa ianya dibuka. Dia menambah bahawa Ikea juga akan ditempatkan di Pune, Chennai, Ahmedabad, Surat dan Kolkata. Dengan memiliki 37,160 meter persegi, cawangannya di Hyderabad akan setanding dengan saiz rata-rata pusat membeli-belah India. Ia akan mempunyai 850 pekerja dan dijangka menarik beberapa juta pelawat setahun. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda