Saturday, September 28, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Imarah masjid melalui aktiviti agama

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 SEPT – Ahli Jawatankuasa Takmir (AJKT) Masjid Omar ‘Ali Saifuddien telah menganjurkan forum bertajuk Masjid Omar ‘Ali Saifuddien sebagai Lambang Kemegahan Daulah, sempena Sambutan ke-66 Tahun Masjid Omar ‘Ali Saifuddien diadakan di masjid berkenaan di ibu negara kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada forum tersebut, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Mislee bin Haji Abdul Karim.

    Forum tersebut antara lain bertujuan untuk menyahut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebuah Negara Zikir.

    Di samping itu, ia juga merupakan salah satu acara sampingan sempena sambutan ke-66 tahun masjid tersebut, dan bagi menyemarakkan lagi Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW bagi tahun 1446 Hijrah.

    Forum tersebut juga bertujuan untuk mengimarahkan masjid dengan aktiviti-aktiviti keagamaan sebagai syiar yang menitikberatkan nilai-nilai Islam yang unggul sekali gus melibatkan semua generasi dalam sama-sama memeriahkan sambutan dan mengembangkan syiar Islam.

    Forum tersebut dipengerusikan oleh Imam Tingkat I, Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Awang Khairul Ariffin bin Haji Yusop.

    Manakala ahli panel terdiri daripada Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Haji Amir Hisham bin Haji Masri; dan Arkitek ‘ADN-AK Studio, Ar Pengiran Adnan bin Pengiran Badarudin.

    Awang Khairul Ariffin, Haji Amir Hisham dan Ar Pengiran Adnan semasa mengendalikan forum tersebut. – GAMBAR SERAHAN JABATAN HAL EHWAL MASJID
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda