Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Imarah masjid sambil erat hubungan kemasyarakatan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 APRIL – Program Ihya Ramadan dan Program Jangkauan Ramadan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah diteruskan lagi di Masjid Kampung Menunggol, Pulau Berambang, hari ini.

    Hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Turut hadir setiausaha tetap Kementerian Pertahanan, peme-rintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), timbalan-timbalan setiausaha tetap serta pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan tahlil, diikuti majlis berbuka puasa beramai-ramai bersama penduduk Kampung Menunggol dan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah.

    Majlis kemudian diteruskan dengan jamuan malam, sembahyang Fardu Isyak, Sunat Tarawih dan Sunat Witir yang dipimpin oleh Haji Muhammad Khairunnazhem @ Mazlan bin Maimon. Majlis selepas itu diikuti dengan bertadarus Al-Quran bersama para jemaah.

    Majlis diakhiri dengan penyerahan sumbangan kepada masjid dan golongan yang memerlukan di kampung tersebut.

    Antara objektif majlis tersebut adalah untuk mengimarahkan masjid pada bulan suci ini dan untuk mengeratkan hubungan kemasyarakatan terutama penduduk pedalaman.

    Ia adalah majlis ketiga yang dianjurkan bersama oleh Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) dan Jabatan Agama ABDB (JAMA’AT) pada bulan Ramadan tahun ini.

    Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua ketika menyertai Program Ihya Ramadan dan Jangkauan Ramadan di Masjid Kampung Menunggol. – Gambar serahan Kementerian Pertahanan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda