Sunday, September 29, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Impian Siti Nurhaliza beli kereta mewah tercapai

    Impian penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk memliki kereta idaman iaitu model Range Rover akhirnya menjadi kenyataan.

    Menerusi Instagram, Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 45, meluahkan rasa syukur kerja kerasnya selama ini membuahkan hasil apabila berjaya membeli kereta mewah berkenaan.

    “Alhamdulillah impian saya untuk memiliki Range Rover terbaharu jadi kenyataan dengan usaha dan ini juga rezeki anak-anak saya,” katanya memetik laporan mStar.

    Bersama kapsyen itu, Siti turut berkongsi video memaparkan dirinya menaiki kenderaan tersebut ditemani anak lelakinya iaitu Muhammad Afwa.

    Dalam hantaran tersebut, terpancar riak teruja pada wajah penyanyi nombor satu Malaysia itu saat melihat kereta Range Rover yang bernilai sehingga RM2 juta itu.

    Menjengah ke ruangan komen, warganet rata-rata mengucapkan tahniah atas pencapaian Siti malah ada yang turut memuji sikap bersederhana penyanyi itu.

    “Tokti je kalau tunjuk macam ini kami boleh terima. Kalau orang lain, kita claim riyal!

    “Tokti jarang tunjuk kemewahan, rasanya ini pertama kali dia tunjuk kereta.

    “Tahniah Tokti, rezeki anak-anak dan kerja keras Tokti sendiri,” komen warganet. – Agensi

    Siti bangga apabila usahanya membuahkan hasil. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda