Friday, January 17, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    India capai misi angkasa lepas bersejarah

    BENGALURU, 16 JAN – India mencatat sejarah baharu dalam bidang angkasa lepas apabila berjaya menyambungkan dua satelit di orbit hari ini, satu pencapaian penting bagi impian negara itu membina stesen angkasa dan melancarkan misi ke Bulan, menurut Agensi Penyelidikan Angkasa India (ISRO).

    Kedua-dua satelit seberat 220 kilogram itu dilancarkan pada Disember lalu menggunakan satu roket dari tapak pelancaran Sriharikota. Selepas berpisah di orbit, satelit-satelit tersebut bergerak untuk kembali bersambung dalam satu proses yang dipanggil ‘penangkapan kapal angkasa berjaya’, menurut ISRO, yang menggambarkan kejayaan ini sebagai ‘saat bersejarah’.

    India kini menjadi negara keempat di dunia yang berjaya melaksanakan pencapaian ini dikenali sebagai SpaDeX atau Eksperimen Penyambungan Angkasa selepas Rusia, Amerika Syarikat dan China.

    Misi itu bertujuan “membangunkan dan menunjukkan teknologi yang diperlukan untuk pertemuan, penyambungan dan pemisahan semula dua kapal angkasa kecil,” jelas ISRO. – AFP

    Gambar menunjukkan pelancaran PSLV-C59 yang membawa dua satelit kapal angkasa Agensi Angkasa Eropah (ESA) Proba-3 dari Pusat Angkasa Satish Dhawan di Sriharikota pada 5 Disember lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda