Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    India, Pakistan saling bertukar senarai kemudahan nuklear, banduan

    NEW DELHI, 1 JAN – India dan Pakistan saling bertukar senarai kemudahan nuklear serta banduan awam dan nelayan yang berada dalam tahanan masing-masing, kata pihak berkuasa India hari ini.

    Menurut Kementerian Hal Ehwal Luar India, New Delhi dan Islamabad bertukar-tukar senarai pemasangan dan kemudahan nuklear mengikut Perjanjian Larangan Serangan terhadap Pemasangan dan Kemudahan Nuklear antara kedua-dua negara, lapor agensi Anadolu.

    Perjanjian 1988 memerlukan India dan Pakistan memaklumkan satu sama lain tentang pe-masangan dan kemudahan nuklear mereka pada 1 Januari setiap tahun.

    “Ini adalah pertukaran senarai ke-32 berturut-turut antara kedua-dua negara sejak pertukaran pertama pada 1 Jan 1992,” menurut kementerian itu.

    Sementara itu, India turut menyerahkan senarai 339 orang banduan awam Pakistan dan 95 orang nelayan Pakistan yang kini dalam tahanan India.

    Pakistan pula berkongsi senarai 51 banduan awam dan 654 nelayan dalam tahanannya, terdiri warga India atau dipercayai warga India.- Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda