Saturday, September 28, 2024
34.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    India, Pakistan zahir kesedihan korban gempa Turkiye

    NEW DELHI, 6 FEB – India dan Pakistan menzahirkan kesedihan atas kehilangan nyawa dalam gempa bumi kuat di Turkiye hari ini.

    Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye, gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter itu melanda pada 4:17 pagi (waktu tempatan) dan berpusat di tenggara negara berhampiran sempadan Syria. Ia menjejaskan kebanyakan kawasan di Turkiye dan Syria, dengan jumlah kematian dari kedua-dua negara itu telah melebihi 2,300 orang.

    “Dalam tempoh kesedihan ini, saya dan negara Pakistan bersolidariti dengan rakyat Turkiye dan Syria,” kata Presiden Pakistan, Arif Alvi.

    “Sangat sedih menerima perkhabaran gempa bumi besar yang melanda wilayah tenggara Turkiye. Saya menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada saudara saya Presiden Recep Tayyip dan rakyat Turkiye di atas kehilangan nyawa yang berharga dan kerosakan infrastruktur, kata Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif.

    Sementara itu, Perdana Menteri India, Narendra Modi menerusi ciapan di Twitter berkata beliau sedih dengan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda akibat gempa bumi itu. – Bernama

    Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye merekodkan gempa bumi itu berukuran 7.4 pada skala Richter. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda