MAJENE, INDONESIA, 2 APRIL – Indonesia telah membebaskan kira-kira 18,000 banduan dalam usaha terdesak untuk menghalang koronavirus daripada merebak ke sistem penjaranya yang penuh sesak, kata pihak berkuasa hari ini.
Pembebasan besar-besaran itu muncul beberapa hari selepas negara Asia Tenggara itu berkata ia akan membebaskan lebih 30,000 banduan untuk mengurangkan tekanan di penjara.
PBB telah menggesa negara-negara untuk membebaskan banduan-banduan terdedah, dengan Afghanistan minggu lalu mengumumkan ia akan membebaskan kira-kira 10,000 banduan.
“Sasaran kami adalah untuk membebaskan 30,000 banduan keseluruhannya, namun ia mungkin berakhir lebih ramai lagi,” kata Rika Aprianti, jurucakap bagi Kepala Bagian Humas dan Protokol Ditjen Pemasyarakatan Kemenkumham.
“Ini adalah sebahagian rancangan untuk mencegah penularan COVID-19 dalam penjara.”
Beliau tidak memberikan butiran lanjut, namun arahan pembebasan kerajaan melibatkan pesalah juvenil dan banduan warga emas yang telah menjalani dua pertiga daripada hukuman mereka.
Para banduan dinasihatkan untuk mengkuarantin diri di rumah selepas dibebaskan. – AFP