Friday, May 17, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    Indonesia, S’pura rai kerjasama

    BOGOR, 29 APRIL – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan Presiden Indonesia, Joko Widodo hari ini meraikan kerjasama berterusan kedua-dua negara itu pada Pemukiman Pemimpin ketujuh dan terakhir mereka di Jakarta, mesyuarat tahunan di antara pemimpin kedua-dua negara Asia Tenggara itu.

    Lawatan Lee ke Indonesia adalah satu daripada lawatan kerja terakhirnya sebelum menyerahkan pentadbirannya kepada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Lawrence Wong pada Mei.

    Sementara Widodo, presiden pertama Indonesia dari luar elit tradisional Jakarta yang terkenal dengan panggilan Jokowi, akan diganti oleh Prabowo Subianto pada Oktober.

    Keempat-empat pegawai tertinggi bertemu hari ini di Istana Presiden di Bogor, di luar Jakarta, tatkala mesyuarat menjadi pertukaran pemimpin kedua-dua negara.

    “Saya gembira kerana Presiden Jokowi dan saya menyerahkan hubungan dua hala dalam keadaan baik kepada pengganti kami,” kata Lee pada sidang akhbar bersama dengan Widodo selepas mesyuarat itu.

    Pejabat Perdana Menteri Singapura berkata dalam satu kenyataan sebelum lawatan Lee bahawa, kedua-dua pemimpin itu akan mengambil kira kemajuan ketara yang dicapai dalam kerjasama dua hala sepanjang tempoh mereka.

    Pada pertemuan tahun ini, para pemimpin menyelia pemeteraian beberapa perjanjian, termasuk kerjasama pertahanan yang menurut Lee, mencerminkan hubungan pertahanan kedua-dua negara yang teguh dan juga mampu meningkatkan keupayaan ketenteraan Singapura.

    Widodo berkata mereka juga membincangkan isu serantau dan global.

    “Kami bersetuju untuk terus menggalakkan keamanan di rantau Timur Tengah dan berikrar untuk mengukuhkan pusat ASEAN,” kata Widodo, merujuk kepada 10 anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara. – AP

    Joko Widodo (kanan) dan Lee Hsien Loong berjabat tangan selepas sidang media bersama di Istana Presiden Bogor di Bogor, Indonesia kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua sekolah dibina semula dengan bantuan China

    KATHMANDU, 16 MEI - Dua sekolah awam yang dibina semula dengan bantuan orang Cina di daerah Dolakha Nepal telah diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan,...