PARIS, 1 APRIL – Industri automotif menawarkan kepakarannya dan tenaga kerja ke atas sektor hospital ketika ia giat untuk membina ventilator mekanikal semasa pandemik koronavirus ini, satu inisiatif yang turut berdepan skeptis.
Pengilang-pengilang auto Amerika, General Motors dan Ford, syarikat-syarikat kereta Perancis, PSA dan Renault, kumpulan Volkswagen Jerman dan kejuruteraan Formula 1 telah menyertai barisan terbabit sebagai respons kepada kekurangan peralatan perubatan penting di seluruh dunia.
Ketika hospital-hospital di seluruh dunia berdepan ramai pesakit dengan kesukaran bernafas akibat COVID-19, kekurangan ventilator telah memaksa doktor-doktor membuat keputusan antara hidup dan mati.
Kilang-kilang kereta yang hendak menghasilkan alat-alat kecemasan itu telah mencetuskan perbandingan dengan Perang Dunia Kedua, apabila ia digunakan untuk membina kereta kebal dan pesawat pejuang.
Di Perancis, sebuah konsortium syarikat-syarikat industri telah ditubuhkan – termasuk PSA dan pembekal peralatan automotif Valeo – untuk menghasilkan 10,000 ventilator menjelang pertengahan Mei,” umum Presiden Emmanuel Macron pada Selasa.
Di Sepanyol, jenama Seat Volkswagen telah beralih untuk menghasilkan ventilator di kilang Martorell dekat Barcelona.
Model yang dicadangkan, yang menggunakan motor pengelap cermin diadaptasi sudah pun menjalani ujian dengan harapan mendapat kelulusan rasmi dan pihak berkuasa kesiatan, kata Seat dalam satu kenyataan.
Bagi bahagiannya, Mercedes telah meminta pasukan Formula 1 membina alat pernafasan kurang invasif sebagai ganti ventilator – yang memerlukan tiub pernafasan dan sedasi – bagi pesakit yang terjejas teruk.
Pasukan itu berkata ia boleh menghasilkan 1,000 unit sehari dengan bantuan enam lagi pasukan F1 di UK yang komited untuk membantu membina peranti tersebut.
Versi peranti itu – yang meningkatkan aliran udara dan oksigen masuk ke paru-paru dan sering digunakan untuk merawat sukar tidur – sudah pun digunakan di hospital-hospital di Itali dan China untuk membantu pesakit COVID-19. – AFP