BERLIN, 14 DIS – Kerajaan baharu Jerman semalam berkata ia akan melanjutkan insentif yang sedia ada bagi pembayaran untuk pembeli kenderaan elektrik dan hibrid untuk tempoh setahun namun kemudian merancang untuk mengenakan syarat lebih ketat bagi kenderaan untuk layak mendapat sokongan.
Kementerian ekonomi dan iklim yang ditubuhkan oleh kerajaan baharu Jerman mula beroperasi minggu lalu berkata ia hanya akan memberikan pembayaran bermula 2023 bagi kenderaan ‘elektrik’ yang dilihat mempunyai kesan positif melindungi iklim.
Memenuhi syarat akan berpandukan jarak minimum perjalanan kereta janaan elektrik.
Untuk tahun hadapan, sistem sedia ada akan masih digunakan, membuatkan pembeli kenderaan elektrik sahaja yang layak untuk mendapatkan insentif sehingga 9,000 euro dan pembeli yang layak untuk kereta hibrid layak menerima sehingga 6,750 euro.
Robert Habeck, menteri baharu ekonomi dan iklim Jerman, berkata kerajaan cuba untuk memastikan ‘kesinambungan’ sementara berusaha untuk membuat sistem baharu.
“Kami akan menjadi lebih bercita-cita dengan menyokong masa hadapan, bagi meningkatkan kenderaan elektrik lebih jauh dan menguatkan perlindungan iklim,” katanya.
Habeck adalah pemimpin bersama parti pemuliharaan iklim, Green. Dia juga merupakan naib canselor dalam parti gabungan kerajaan Canselor Olaf Scholz, yang kini mengambil alih jawatan pada Rabu.
Kerajaan baharu ingin sekurang-kurangnya 15 juta kenderaan elektrik penuh digunakan menjelang 2030. Ia turut menyasarkan untuk meningkatkan usaha menentang perubahan iklim dengan meluaskan penggunaan tenaga kitar semula dan membawa Jerman keluar daripada penggunaan tenaga menggunakan arang batu bermula 2038, ‘lebih baik’ pada 2030. – AP