Thursday, November 28, 2024
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Insiden keropok beracun: Adik pula meninggal dunia

    GEORGE TOWN, 12 JULAI – Mangsa kedua insiden keropok beracun Muhammad Luth Syauqi Nur Sufyan, 2, menghembuskan nafas terakhirnya hari ini hanya dua hari selepas pemergian abangnya Muhammad Akil Syauqi, 3, ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

    Ibu kanak-kanak itu Nurain Hasnorizal, 25, ketika dihubungi berkata anak bongsunya meninggal dunia kira-kira 1:24 tengah hari tadi.

    Terdahulu, kedua-dua beradik malang itu menerima rawatan di PICU HPP sejak Ahad lepas selepas termakan keropok dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim di Kedah.

    Muhammad Akil Syauqi meninggal dunia kira-kira 8:30 pagi Rabu selepas 78 jam bertarung nyawa.

    Nurain berkata proses bedah siasat anak bongsunya akan dilakukan di Jabatan Perubatan Forensik HPP hari ini sebelum jenazah dibawa pulang ke kampung halaman untuk dikebumikan berhampiran pusara abangnya.

    Walaupun sedih dan perit untuk menerima hakikat itu namun beliau reda dengan ketentuan Ilahi. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda