Monday, January 6, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Inter tempah ke final Piala Super Itali

    RIYADH, 3 JAN – Juara bertahan Serie A, Inter Milan, meneruskan rekod cemerlangnya mendominasi pendahulu semasa, Atalanta, dengan kemenangan 2-0 pada separuh akhir Piala Super Itali, kelmarin.

    Denzel Dumfries menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua untuk Nerazzurri, yang kini menang tujuh perlawanan berturut-turut menentang Atalanta.

    Juventus akan menentang AC Milan hari ini dalam perlawanan separuh akhir yang berasingan, di mana Sergio Conceicao membuat penampilan sulung sebagai jurulatih Milan selepas Paulo Fonseca dipecat.

    Perlawanan akhir di Arab Saudi itu dijadualkan Isnin depan.

    Inter menyasarkan untuk memenangi Piala Super bagi tahun keempat berturut-turut.

    Dumfries semasa menjaringkan gol pembukaan pada perlawanan bola sepak di stadium Al Awwal Park di Riyadh, Arab Saudi pada 2 Januari. – AP

    Dumfries menjaringkan gol pertama dengan sepakan akrobatik dari jarak dekat kemudian menamatkan serangan balas dengan jaringan jarak jauh.

    Inter juga telah melakukan beberapa kali serangan pada separuh masa pertama tetapi secara konsisten dinafikan oleh penjaga gol Atalanta, Marco Carnesecchi.

    Atalanta tanpa dijangka mengekalkan Ademola Lookman, Charles De Ketelaere dan Ederson di bangku simpanan pada permulaan permainan.

    Ketiga-tiga pemain itu masuk menghampiri satu jam perlawanan dan Ederson mempunyai peluang untuk menjaringkan gol akan tetapi dibatalkan kerana ofsaid selepas semakan VAR.

    Inter menewaskan Atalanta 4-0 dua kali dalam Serie A tahun lepas, pada Februari dan Ogos.

    Musim ini, Atalanta dan Napoli kini mendahului satu mata berbanding Inter, yang mempunyai satu baki perlawanan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda