Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    iPhone generasi pertama dijual lebih AS$63,000

    WASHINGTON, 22 FEB – Sebuah iPhone generasi pertama yang masih belum dibuka dan dalam kotak dibalut plastik dilelong pada harga lebih AS$63,000.

    LCG Auctions yang berpangkalan di Louisiana berkata iPhone itu memperoleh tawaran tertinggi sebanyak AS$63,356.40 sebelum lelongan ditutup pada Ahad.

    Menurut United Press International (UPI), Karen Green, pemilik asal peranti itu berkata beliau menerimanya sebagai hadiah pada 2007 tetapi tidak menggunakannya kerana baru membeli telefon.

    Green yang mengurus kedai tatu di New Jersey, berkata beliau mula berminat dengan nilai telefon vintaj itu apabila mendengar tentang satu lagi iPhone yang belum dibuka dijual pada harga AS$40,000.

    Green membawa telefon itu dalam segmen Treasure Hunt 2019 dalam siri televisyen Doctor & The Diva, dan dimaklumkan bahawa telefon itu mungkin boleh dijual pada harga kira-kira AS$5,000.

    Anggaran itu ternyata terlalu rendah apabila telefon yang harga asalnya AS$599 dijual pada harga AS$63,356.40.

    Green berkata hasil jualan itu akan dilaburkan untuk kedai tatunya. – Bernama

    Sebuah iPhone generasi pertama yang masih belum dibuka dan dalam kotak dibalut plastik dilelong pada harga lebih AS$63,000. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda