Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iran mansuh sekatan akses terhadap WhatsApp, Google Play

    TEHRAN, 25 DIS – Majlis Tertinggi Siber Iran bersetuju untuk memansuhkan sekatan terhadap platform popular seperti WhatsApp dan Google Play, menandakan perubahan ketara dalam dasar pengurusan Internet negara.

    Keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat semalam yang dihadiri ketua tiga cabang kerajaan, menteri dan ahli majlis. Sesi itu mengkaji semula dasar-dasar sekatan Internet di tengah-tengah permintaan yang semakin meningkat untuk akses digital yang lebih luas, lapor agensi berita Republik Islam (IRNA).

    Setelah meneliti cadangan pihak berkuasa berkaitan, majlis itu meluluskan langkah pelonggaran sekatan namun menekankan kepentingan tadbir urus siber yang terkawal dan memperkukuhkan platform domestik.

    Menteri Teknologi Maklumat dan Komunikasi Iran, Sattar Hashemi mengumumkan keputusan itu menerusi hantaran di platform X, “Hari ini, kami mengambil langkah pertama ke arah memansuhkan sekatan Internet dengan perpaduan dan kerjasama.

    “Saya mengucapkan terima kasih kepada Presiden, media dan aktivis atas usaha mereka.

    Perjalanan ini akan diteruskan.” – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda