Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    IRC kemuka tujuh syor pembaharuan institusi

    KUALA LUMPUR, 19 Jun – Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) mengemukakan tujuh syor kepada Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) untuk dilaksanakan dengan segera bagi melakukan pembaharuan terhadap institusi di negara ini.

    Seorang daripada anggota IRC, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata antara institusi berkenaan ialah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara (AGC).

    Katanya, objektif utama syor itu ialah untuk mencapai sifar rasuah bagi memperkukuhkan institusi berkenaan bagi memenuhi keperluan rakyat secara berintegriti. Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan secara terperinci syor yang dikemukakan itu.

    “Isu paling besar tentulah rasuah dan melantik orang yang tepat untuk menganggotai institusi ini. Itulah yang menjadi keutamaan kami. Kami juga meneliti tentang struktur sistem Parlimen.

    Datuk Ambiga Sreenevasan ketika menjawab pertanyaan media selepas menghadiri mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan di Kuala Lumpur, kelmarin. – Bernama

    “(Mengenai PDRM) Kami meneliti tentang IPCMC (Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis), mungkin sebagai pengganti bagi EAIC (Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan) atau merombak EAIC. Kami memberi perhatian kepada kedua-dua kemungkinan itu,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan CEP di Menara Ilham di sini hari ini.

    Seorang lagi anggota IRC, Datuk Mah Weng Kwai berkata jawatankuasa itu akan mengemukakan laporan akhir holistik mengandungi lebih banyak syor tentang pembaharuan kepada CEP pada 15 Julai. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda