Sunday, October 6, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Irwan, Agnes Dela Cruz juara golf terbuka

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JULAI – Awang Irwan bin Haji Abdul Hamid muncul juara keseluruhan bagi Kategori Lelaki Terbuka dan Agnes Dela Cruz muncul juara keseluruhan bagi Kategori Wanita Terbuka dalam Majlis Penyampaian Hadiah Perlawanan Kelab Golf Pantai Mentiri Amatur Terbuka ke-33 yang berlangsung di Kelab Golf Pantai Mentiri, Kampung Mentiri, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang kejohanan ialah Setiausaha Tetap (Kesukanan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

    Dalam Kategori Lelaki Terbuka, Awang Irwan muncul sebagai juara keseluruhan dengan pukulan gross berjumlah 214 sepanjang kejohanan berlangsung.

    Di tempat kedua ialah Bryan Chiew dengan pukulan gross berjumlah 222 dan tempat ketiga Awangku Syakir bin Pengiran Alli dengan pukulan gross berjumlah 226.

    Bagi Kategori Wanita Terbuka, Agnes Dela Cruz muncul juara keseluruhan dengan pukulan gross berjumlah 243, manakala di tempat kedua ialah Dayang Almas Syadzwani binti Kamis dengan pukulan gross berjumlah 247 dan Agnes Hiu di tempat ketiga dengan pukulan gross berjumlah 251.

    Perlawanan Kelab Golf Pantai Mentiri Amatur Terbuka ke-33 telah berlangsung selama tiga hari bermula 5 hingga 7 Julai di mana ia disertai oleh 72 peserta yang terdiri daripada 66 peserta lelaki dan enam peserta wanita.

    Pengiran Mohd Amirrizal bergambar ramai bersama para peserta perlawanan tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda