Sunday, October 6, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Irwan, Agnes ungguli golf Pantai Mentiri

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JULAI – Awang Irwan Haji Abdul Hamid muncul juara keseluruhan bagi Kategori Lelaki Terbuka dan Agnes Dela Cruz muncul juara keseluruhan bagi Kategori Wanita Terbuka dalam Majlis Penyampain Hadiah Perlawanan Kelab Golf Pantai Mentiri Amatur Terbuka Ke-33 yang berlangsung di Kelab Golf Pantai Mentiri, Kampung Mentiri, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang kejohanan ialah Setiausaha Tetap (Kesukanan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

    Dalam Kategori Lelaki Terbuka, Awang Irwan muncul sebagai juara keseluruhan dengan pukulan gross berjumlah 214 sepanjang kejohanan berlangsung.

    Di tempat kedua ialah Awang Bryan Chiew dengan pukulan gross berjumlah 222 dan tempat ketiga ialah Awangku Syakir Pengiran Alli dengan pukulan gross berjumlah 226.

    Dalam Kategori Wanita Terbuka, Agnes Dela Cruz muncul sebagai juara keseluruhan dengan pukulan gross berjumlah 243, di tempat kedua ialah Almas Syadzwani Kamis dengan pukulan gross berjumlah 247 dan Agnes Hiu di tempat ketiga dengan pukulan gross berjumlah 251.

    Perlawanan Kelab Golf Pantai Mentiri Amatur Terbuka Ke-33 berlangsung selama tiga hari iaitu 5 Julai, 6 Julai dan 7 Julai di mana ia disertai oleh seramai 72 orang peserta iaitu 66 orang peserta lelaki dan 6 orang peserta wanita.

    Pengiran Mohd Amirrizal semasa menyempurnakan penyerahan piala kepada Agnes Dele Cruz selaku juara keseluruhan dalam kategori wanita bagi Perlawanan Golf Amatur Senior Pantai Mentiri ke-2.. – GAMBAR_GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Pengiran Mohd Amirrizal semasa menyempurnakan penyerahan piala kepada Irwan Haji Abdul Hamid selaku juara keseluruhan dalam kategori lelaki bagi Perlawanan Golf Amatur Senior Pantai Mentiri ke-2.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda