Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Israel nafikan akses misi bantuan yang dirancang ke utara Gaza

    ISTANBUL, 21 FEB – Israel telah menafikan akses kepada lebih separuh daripada misi yang dirancang oleh Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) dan rakan kemanusiaannya untuk menyampaikan bantuan di utara Semenanjung Gaza sejak awal tahun ini, kata agensi itu kelmarin.

    Menerusi hantaran di platform X, UNRWA berkata sejak awal tahun 2024, 51 peratus daripada misi yang dirancang oleh agensi itu dan rakan kemanusiaannya dalam menyampaikan bantuan dan menjalankan penilaian ke kawasan di utara Gaza pada tahun ini telah dinafikan akses oleh pihak berkuasa Israel, lapor agensi Anadolu.

    “Keterjaminan makanan di utara Gaza telah mencapai keadaan yang sangat kritikal,” kata UNRWA.

    Agensi itu berkata pada 17 November tahun lepas penduduk di utara wilayah itu berada di ambang kebuluran. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda