Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Israel tegah perjalanan ke AS

    BAITULMAQDIS, 20 DIS – Menteri-menteri Israel hari ini bersetuju untuk menegah perjalanan ke Amerika Syarikat, Kanada dan lapan buah negara di tengah penularan varian Omicron.

    Pejabat Perdana Menteri Naftali Bennett mengumumkan keputusan itu susulan undian Kabinet.

    Langkah yang jarang berlaku, untuk menyenarai merah AS muncul di tengah-tengah peningkatan jangkitan koronavirus di Israel dan menandakan perubahan dalam amalan pandemik antara dua negara yang mempunyai hubungan diplomatik yang rapat.

    AS akan menyertai dalam senarai negara-negara Eropah dan beberapa buah destinasi yang mana Israel dilarang membuat perjalanan, dan dari mana pengembara kembali mesti kekal dalam kuarantin.

    Ahli jawatankuasa parlimen dijangka memberikan kelulusan terakhir bagi langkah tersebut. Setelah diluluskan, larangan perjalanan akan berkuat kuasa pada tengah malam, awal pagi Rabu.

    Israel mengalami lonjakan dalam kes baharu varian koronavirus mudah menular dalam beberapa minggu kebelakangan ini, dan mula menutup sempadan dan mengawal pergerakan perjalanan lewat November.

    Warganegara asing tidak dibenarkan masuk, dan semua rakyat Israel yang tiba dari luar negeri perlu di kuarantin termasuk orang yang sudah di vaksin.

    Negara-negara lain yang diluluskan untuk ditambah dalam senarai larangan perjalanan mulai Rabu ini adalah Belgium, Jerman, Hungary, Itali, Maghribi, Portugal, Switzerland dan Turki. – AP

    Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett menghadiri mesyuarat kabinet di Baitulmaqdis pada 19 Disember 2021. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda