Saturday, January 18, 2025
30.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Istana Al-Qashla mercu kesaksian peperangan di Yaman

    SAADA, YAMAN – Istana Al-Qashla yang terletak di bandar bersejarah, Saada utara Yaman masih kelihatan berdiri teguh meskipun sudah berusia lebih daripada 600 tahun, yang telah berhadapan konflik yang dilalui beratus-ratus tahun, dan hari ini sekali lagi berusaha untuk bertahan dalam peperangan.

    Istana ini terletak di atas bukit di tengah kota, salah satu kota zaman pertengahan yang paling lama di Yaman. Banyak rumah bertingkat yang diperbuat daripada bata lumpur di bandar bersejarah itu telah musnah oleh ledakan pengeboman. Kini istana itu berdiri sebagai kesaksian kepada tragedi dan kehilangan manusia secara besar-besaran akibat peperangan.

    Istana ini masih ditutup buat pengunjung sejak peperangan meletus lima tahun yang lalu antara kerajaan Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi dan pemisah Houthi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

    Istana ini menjadi destinasi popular bagi pelawat dan pelancong tempatan dari seluruh dunia sebelum perang saudara meletus.

    “Ini adalah istana al-Qashla, salah satu mercu tanda terkenal di bandar Saada yang bersejarah. Kami terpaksa menutupnya sebagai langkah berjaga-jaga agar tidak disasarkan… kerana mereka menyerang segala-galanya yang ada di dalam bandar,” Abdo Hassan Gatum, penduduk tempatan dan pengurus besar Pejabat Antikuiti Saada, memberitahu media.

    Istana ini terletak di atas bukit di tengah kota, salah satu kota zaman pertengahan yang paling lama di Yaman. – Xinhua
    Sebahagian pemandangan dalaman Istana Al-Qashla di Saada, Yaman. – Xinhua

    “Istana itu merupakan destinasi pertama pengunjung dan pelancong yang ingin menerokai bandar Saada, kerana ia menghadap ke bandar dan dari sana seluruh kota sejarah dapat dilihat,” katanya.

    Bandar bersejarah terletak di kawasan yang luas dan dikelilingi oleh dinding tinggi dengan empat pintu.

    Pengeboman itu memusnahkan banyak rumah di bandar, dan menyebabkan kerosakan teruk kepada rumah lain yang belum dibaiki. Bandar ini memerlukan kerja penyelenggaraan dan pemulihan, termasuk istana.

    Bandar ini masih dikuasai oleh kumpulan Houthi, yang juga mengawal bahagian-bahagian besar wilayah Saada. Ia juga disukai oleh penduduk Yaman, terutamanya kanak-kanak yang tahu serba sedikit mengenai sejarahnya.

    “Saya adalah salah seorang daripada warga kota Saada yang bersejarah dan bangunan besar al-Qashla ini memerlukan penjagaan. Saya menyeru pihak berkuasa yang berkenaan untuk menjaga istana dan bandar bersejarah,” kata Sadiq Ahsan, penduduk tempatan, memberitahu media.

    Peperangan yang meletus pada akhir tahun 2014, apabila kumpulan Houthi yang disokong Iran merampas kawalan sebahagian besar utara negara itu dan memaksa kerajaan Arab Saudi yang menyokong kerajaan Abd-Rabbu Mansour Hadi dari ibukota Sanaa.

    Houthi mencetuskan campur tangan gabungan ketente-raan yang dipimpin oleh Saudi dalam konflik Yaman pada 26 Mac 2015, untuk menyokong kerajaan Hadi.

    Peperangan yang berlarutan ini telah memasuki tahun keenamnya yang belum selesai. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda