Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Itali halang penghijrah ke Libya

    TRIPOLI, 26 Jun – Kerajaan baharu Itali mengambil tindakan untuk menghalang penghijrah daripada berkunjung ke Libya semalam tatkala sebuah bot baharu dengan beratus penumpang masih terkandas di laut, sekali gus memburukkan lagi krisis yang melanda Eropah.

    Dengan pemimpin Eropah saling bertengkar mengenai sejumlah besar penghijrah yang tiba dari Afrika Utara, Menteri Dalam Negeri Itali, Matteo Salvini mengadakan kunjungan mengejutkan ke Tripoli. Di sana, dia menggesa penubuhan pusat pemprosesan di pelbagai negara Afrika untuk menghadapi penghijrah dalam satu tindakan untuk ‘membantu Libya serta Itali untuk menyekat penghijrahan.’

    Libya ialah negara utama untuk beribu-ribu penghijrah yang berharap dapat sampai ke Eropah, walaupun beratus orang mati lemas setiap tahun ketika cuba menyeberang.

    Lawatan Salvini yang tidak dijangka diadakan sehari selepas rundingan tergempar di antara 18 pemimpin Kesatuan Eropah dalam usaha untuk memecah kebuntuan lama berhubung siapa yang harus menerima penghijrah, kebanyakan mereka telah mendarat di Itali dan Greece.

    Krisis itu meruncing pada awal bulan ini apabila kerajaan populis baharu Itali mengusir sebuah bot menyelamat yang membawa 630 orang, yang juga ditolak oleh Malta, sekali gus memaksa kapal tersebut masih berada di laut sehingga Sepanyol menawarkan mereka tempat yang selamat. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda