Sunday, September 29, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Itali ‘terlalu selesa’ dengan kemenangan

    DORTMUND, 16 JUN – Luciano Spalletti melihat banyak ruang untuk penambahbaikan bagi Itali selepas pasukannya bangkit daripada gol terpantas yang pernah dicatatkan dalam Kejohanan Eropah untuk menewaskan Albania 2-1 pada Euro 2024 kelmarin.

    Itali berada di tangga kedua dalam Kumpulan B, berkongsi kedudukan tiga mata dengan pendahulu Sepanyol, selepas persembahan memberangsangkan di hadapan penyokong Albania yang bersemangat di Dortmund, yang menyaksikan Nedim Bajrami membuka jaringan hanya dalam masa 23 saat.

    Tetapi, selepas menyaksikan Alessandro Bastoni dan Nicolo Barella dengan cepat mengubah perlawanan, Spalletti tidak berpuas hati dengan cara Itali bermain dengan kelebihan tipis mereka pada separuh masa kedua dan bukannya menjaringkan gol ketiga yang muktamad.

    “Kita melihat banyak permainan yang bagus di luar sana tetapi ia perlu membawa kita ke suatu tempat, kerana jika tidak ia tidak berguna kepada sesiapa pun,” kata Spalletti kepada penyiar Itali, RAI.

    “Kita mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol terhadap Albania. Kita melakukan pelbagai pergerakan dan cubaan menembusi pertahanan mereka tetapi kita terlalu cepat berpaling ke belakang.

    “Awda perlu melihat sama ada awda telah mencipta ruang di mana awda mempunyai peluang untuk mencetak gol. Jika tidak, awda boleh mengubah fikiran awda tetapi kita terlalu cepat mengubah fikiran.

    “Kadang-kadang mudah untuk berasa selesa dengan cara awda bermain tetapi sebaliknya awda perlu bersikap agresif, bersemangat untuk mencipta lebih banyak peluang dan cuba menjaringkan gol tambahan itu.” – AFP

    Aksi Bajrami menjaringkan gol pembukaan pasukannya di hadapan pemain Itali, Alessandro Bastoni semasa perlawanan Kumpulan B antara Itali dan Albania dalam Euro 2024 di Dortmund, Jerman pada 15 Jun 2024. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda