Monday, October 7, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jabatan Penjara tingkat kesedaran masyarakat cegah jenayah

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JUN – Jabatan Penjara pagi tadi telah mengadakan program bersama masyarakat yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Mukim Sengkurong.

    Hadir semasa program berkenaan ialah Pemangku Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Dayang Nor Hamidah binti Haji Hamidon, serta pemimpin akar umbi dalam kalangan penghulu dan ketua kampung, persatuan-persatuan serta pihak berkepentingan Daerah Brunei dan Muara.

    Program tersebut turut memberikan pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya pencegahan jenayah kepada orang ramai khususnya ahli keluarga banduan di samping berkongsi pengalaman dalam menangani pemulihan banduan dan pengintegrasian Rakan Seliaan kembali ke pangkuan masyarakat.

    Dengan adanya program seumpama itu adalah diharapkan akan dapat meningkatkan lebih banyak kerjasama pihak NGO dan berkepentingan dalam masyarakat khususnya berkaitan pekerjaan termasuk latihan-latihan kemahiran yang menyumbang kepada pembangunan insan di samping dapat memupuk kesedaran dan kefahaman masyarakat agar dapat berganding bahu serta komited bagi sama-sama menangani isu-isu pencegahan jenayah.

    Ini adalah selaras dengan seruan pihak kerajaan bagi menggalakkan masyarakat supaya mengamalkan kerjasama dan mengeratkan serta mengukuhkan lagi hubungan kemasyarakatan, kekeluargaan dan persaudaraan.

    Program Kesedaran Pencegahan Jenayah ini juga diharap dapat memperkasa sokongan dan kerjasama masyarakat dalam mencegah jenayah.

    Dayang Nor Hamidah bergambar ramai dengan para peserta program berkenaan di luar bangunan Dewan Kemasyarakatan Mukim Sengkurong. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda