Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jacobs ungguli rekod pecut dunia

    BELGRADE, 20 MAC – Pelari pecut Itali, Lamont Marcell Jacobs menambah mahkota kejuaraan dunia dalam acara 60 meter (m) di Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Dunia di Belgrade selepas menguasai acara 100m di temasya Olimpik.

    Jacobs yang merekodkan 6.41 saat, bermula dengan baik untuk menguasai acara itu dan menewaskan juara bertahan Christian Coleman dari Amerika Syarikat.

    Rakan pasukan Coleman, Marvin Bracy merangkul gangsa apabila mencatatkan masa terbaik peribadinya pada 6.44 saat.

    “Saya sukakan saat ini apabila saya menang.”

    “Beraksi di final, saya tahu ia akan menjadi sangat-sangat sukar kerana Coleman dan Bracy berlari dengan sangat pantas.

    “Mereka adalah atlet yang sangat bagus dan Coleman adalah pemegang rekod dunia tapi saya percaya diri sendiri dan kemampuan saya. Saya dapat rasakan saya dalam keadaan terbaik pada masa ini.”

    Jacobs memakai singlet biru dan seluar pendek, bermula di lorong lima bersebelahan Bracy manakala Coleman ketiga.

    Ketiga-tiga pelari itu bermula dengan baik keluar dari blok permulaan dengan Coleman dilihat sedikit mendahului ketika bermula di Arena Stark. – AFP

    Lamont Marcell Jacobs (tengah) mendahului perlumbaan dalam acara 60 meter lelaki semasa Kejohanan Olah Raga Dalam Dewan Dunia 2022 di Arena Stark, Belgrade pada 19 Mac 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda