Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jadikan hobi sebagai insipirasi perniagaan

    BANGKOK – Walaupun ramai orang mengimpikan untuk memulakan perniagaan mereka sendiri, kebanyakannya tidak tahu di mana untuk bermula. Tempat terbaik untuk mencari inspirasi selalunya dekat dengan rumah dalam bentuk hobi yang awda gemari.

    Tiada siapa yang mengetahui perkara ini lebih baik daripada Teerawat Ananpiriyakul, seorang pemuda berusia 25 tahun yang telah mengembangkan minatnya terhadap kaktus menjadi perusahaan yang berkembang maju.

    Baru-baru ini, The Nation Thailand menemu bual Teerawat di rumahnya di taman perumahan Chom Thong di Thonburi, Bangkok. Rumahnya digunakan sebagai ladang dan kedai kaktus, menunjukkan awda tidak memerlukan ladang besar untuk menjadi penanam komersial.

    The Nation Thailand memilihnya kerana dia melancarkan perniagaan kaktusnya pada usia muda 21 tahun ketika ramai rakan sebayanya masih belajar. Empat tahun kemudian, ia masih kukuh walaupun perniagaan lain terkesan disebabkn tekanan COVID-19.

    Teerawat bermula dengan menjelaskan dia menjalankan pertaniannya sebagai pekerjaan sambilan di samping tugas utamanya dalam perniagaan keluarga. Walaupun menanam kaktus bukan kerjaya utamanya, pulangan daripada perniagaan itu mengagumkan dan bergantung pada jumlah kerja dan masa yang dia luangkan.

    Teerawat Ananpiriyakul telah mengembangkan minatnya terhadap kaktus menjadi perusahaan yang berkembang maju. –ANN/The Nation
    Antara kaktus yang dijual oleh Teerawat Ananpiriyakul. – ANN/The Nation

    “Tiada nilai ditetapkan untuk kaktus, jadi pokok itu biasanya diniagakan pada harga yang dipersetujui antara penjual dan pembeli,” katanya.

    “Kaktus lebih seperti barang koleksi daripada tumbuhan. Orang ramai secara amnya akan bersetuju untuk membayar seberapa banyak kaktus yang ingin mereka kumpulkan.”

    Teerawat berkata, dia mula berminat dengan kaktus sekitar lima atau enam tahun lalu, apabila menanam tumbuhan padang pasir mula menjadi trend di Thailand.

    Dia tinggal di bandar pada masa itu, dan apabila koleksi tumbuhannya menjadi terlalu besar untuk ruang terhad, dia memutuskan untuk mula menjualnya. Dia segera menyedari hobinya juga boleh menghasilkan wang.

    Dia menghadapi kesukaran dalam pembelajaran, bagaimanapun menanam kaktus merupakan dunia baharu bagi Teerawat. Tumbuhan itu popular di Thailand kerana ia memerlukan ruang dan perhatian yang sederhana daripada tumbuhan taman lain. Tetapi terdapat lebih daripada 1,700 spesies kaktus, dan setiap satu memerlukan jumlah air dan cahaya matahari yang berbeza.

    Cabaran menanam dan membiak kaktus, dia terpaksa belajar cara memupuk asas pelanggannya. Ia mengambil masa sekitar 3 hingga 4 tahun sehingga dia cukup profesional untuk membina pengikut pelanggan setia.

    Teerawat berkata menyertai dunia penjual kaktus adalah lebih mudah daripada yang orang fikirkan. “Sekiranya awda cukup mahir untuk menghasilkan tumbuhan yang cantik, pelanggan akhirnya mengenali awda bersama-sama nama terkenal di pasaran,” jelasnya.

    Beralih kepada subjek COVID-19, Teerawat berkata perdagangan fizikal kaktus telah mengalami masalah teruk semasa wabak itu. Tetapi ketiadaan pameran kaktus telah diganti oleh lonjakan dalam perdagangan dalam talian.

    “Pada asasnya, saya boleh katakan perniagaan saya tidak terjejas teruk oleh COVID-19, terima kasih kepada platform dalam talian.”

    Walaupun bertapak di rumah, Teerawat juga mempunyai pelanggan dari luar negara iaitu China dan Singapura. Pelanggan asing membuat pesanan mereka melalui saluran ‘Cactus in Wonderland’ di Facebook dan Instagram. Spesimen yang dibeli kemudiannya dihantar ke rumah mereka di luar negara. Walau bagaimanapun, perdagangan luar negara telah menurun semasa pandemik. “Saya menjangkakan keadaan akan bertambah baik apabila krisis COVID-19 berakhir,” katanya.

    Kisah Teerawat menunjukkan kejayaan dalam perniagaan bukanlah impian yang jauh, tetapi hasil kerja keras, strategi, kemahiran dan masa. Ketika ditanya apa yang akan beliau katakan kepada sesiapa yang merancang untuk memulakan perniagaan mereka sendiri, beliau berkata satu cara mudah ialah memikirkan bagaimana awda boleh menjana wang daripada aktiviti atau hobi kegemaran awda.

    “Apabila awda menyedari awda boleh menjana wang secara tunai, awda memerlukan keberanian untuk menjadikan hobi sebagai perniagaan sendiri,” tambahnya. –ANN/The Nation

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda