Saturday, November 16, 2024
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jangka hayat wanita di Korea Selatan meningkat

    LONDON – Kebanyakan penduduk dunia di negara-negara kaya akan mempunyai hidup yang lebih lama menjelang tahun 2030 – dimana jangka hayat bagi golongan wanita di Korea Selatan dijangka mencapai hampir 91 tahun – warga Amerika akan terus mempunyai jangka hayat yang paling rendah dari mana-mana negara yang membangun maju, menurut ramalan kajian terbaru.

    Ahli-ahli sains pernah menyangka mengenai jangka hayat purata melebihi 90 tahun adalah mustahil namun dengan kemajuan perubatan, ditambah lagi dengan program-program sosial yang lebih baik secara berterusan telah memecah sangkaan itu, termasuk di negara-negara di mana kebanyakan penduduknya mencapai kehidupan yang baik dalam usia tua mereka, menurut ketua penyelidik kajian itu, Majid Ezzati dari Imperial College London.

    “Saya boleh membayangkan bahawa ia mempunyai had, tetapi kita masih sangat jauh dari itu,” katanya.

    Ezzati menganggarkan bahawa manusia akan dapat terus hidup secara purata dalam 110 atau 120 tahun. Jangka hayat yang panjang bagi golongan wanita di Korea Selatan yang dianggarkan pada tahun 2030 adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh pelaburan penjagaan kesihatan universal, katanya. Korea Selatan juga mendahului senarai bagi golongan lelaki.

    “Pada dasarnya ia bertentangan dengan apa yang kita lakukan di Barat, di mana terdapat banyak penjimatan dan ketidakadilan,” katanya.

    Seorang lelaki tua memakai pakaian tradisional Korea, berjalan melintasi barisan anggota polis semasa perhimpunan anti-kerajaan dalam keselamatan pekerja, di Taman Chongmyo di Seoul, Korea Selatan. – AP
    Seorang lelaki tua memakai pakaian tradisional Korea, berjalan melintasi barisan anggota polis semasa perhimpunan anti-kerajaan dalam keselamatan pekerja, di Taman Chongmyo di Seoul, Korea Selatan. – AP
    Suri rumah sedang membuat kimchi, sayur-sayuran tradisional perisa pedas, yang akan diberikan kepada jiran-jiran yang memerlukan sebagai persiapan musim sejuk di salah sebuah bangunan kerajaan di Seoul, Korea Selatan. – AP
    Suri rumah sedang membuat kimchi, sayur-sayuran tradisional perisa pedas, yang akan diberikan kepada jiran-jiran yang memerlukan sebagai persiapan musim sejuk di salah sebuah bangunan kerajaan di Seoul, Korea Selatan. – AP

    Ezzati dan pengarang bersama beliau menggunakan trend kematian dan jangka hayat yang panjang untuk menganggarkan jangka hayat di 35 buah negara-negara maju. Pengiraan ini adalah untuk anak damit yang dilahirkan pada tahun 2030. Kajian ini telah diterbitkan dalam talian Selasa lalu dalam jurnal perubatan Lancet.

    Wanita telah mendahului lelaki di kesemua negara. Di belakang Korea Selatan adalah wa-nita Perancis, Jepun, Sepanyol dan Switzerland, mempunyai jangka hayat mencapai hingga 88 tahun. Bagi kaum lelaki di Korea Selatan, jangka hayat dijangka mencecah 84 tahun. Seterusnya ialah Australia, Switzerland, Kanada dan Belanda yang menghampiri 84 tahun.

    Di bahagian bawah senarai: Macedonia bagi golongan wanitanya adalah menghampiri 78 tahun, dan Serbia bagi golongan lelakinya adalah 73 tahun. Walaupun beberapa faktor genetik mungkin menjelaskan jangka hayat yang panjang di negara-negara tertentu, faktor sosial dan alam sekitar juga memainkan peranan yang penting, kata Ezzati.

    Kajian ini dianggarkan bahawa Amerika Syarikat, yang sudah jauh ketinggalan di belakang negara-negara maju yang lain, akan jatuh lebih jauh lagi di belakang pada tahun 2030, apabila kaum lelaki dan wanitanya dijangka hidup dalam jangka hayat 80 dan 83 tahun. Wanita di Amerika akan jatuh ke-27 daripada 35 negara, dari kedudukan semasa mereka yang berada di tempat ke-25, manakala golongan lelaki me-reka akan jatuh dari tangga ke-23 kepada ke-26.

    Pelajar Korea Selatan memakai pakaian tradisional Korea semasa satu majlis tamat pengajian di Universiti Sungkyunkwan di Seoul, Korea Selatan. – AP
    Pelajar Korea Selatan memakai pakaian tradisional Korea semasa satu majlis tamat pengajian di Universiti Sungkyunkwan di Seoul, Korea Selatan. – AP
    Seorang warga tua lelaki Korea Selatan tidur semasa rehat makan tengah hari di Seoul, Korea Selatan. – AP
    Seorang warga tua lelaki Korea Selatan tidur semasa rehat makan tengah hari di Seoul, Korea Selatan. – AP

    Para penyelidik mengambil perhatian di kalangan negara-negara kaya, AS mempunyai jumlah kematian ibu dan anak serta kadar pembunuhan yang paling tinggi dan satu-satunya negara yang berpendapatan tinggi tanpa mempunyai penjagaan kesihatan yang menyeluruh.

    Para penyelidik juga meramalkan keramaian yang akan bertahan hidup sehingga 65 tahun pada tahun 2030; mereka meneka bahawa antara golongan lelaki, penduduk yang berada di Kanada akan hidup lebih lama, tambahan 23 tahun lagi. Di kalangan wanita yang berusia 65 tahun pada 2030, mereka menganggarkan bahawa Korea Selatan akan hidup lebih lama, dengan tambahan 28 tahun.

    Dalam ulasan yang diberikan oleh Ailiana Santosa dari Universiti Umea di Sweden menulis bahawa unjuran peningkatan terhadap ‘isu-isu penting’ mengenai strategi-strategi yang perlu dilaksanakan dalam menangani masalah ketidaksamaan adalah semakin teruk.

    “Untuk mencapai perlindungan kesihatan yang universal adalah lebih bernilai, munasabah dan perlu diteruskan,” katanya.

    Kajian ini telah dibiayai oleh Majlis Penyelidikan Perubatan United Kingdom dan Agensi Perlindungan Alam Sekitar AS. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda