Wednesday, March 5, 2025
26.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jennie Blackpink beri tumpuan nyanyian bukan lakonan

    Anggota kumpulan Blackpink, Jennie tidak berhasrat untuk berkecimpung secara aktif dalam dunia lakonan buat masa ini.

    Menurut Jennie, 29, dia mahu memberikan tumpuan penuh terhadap karier muzik khususnya dalam menghasilkan album solo terbaharu.

    “Jika awak menjangkakan untuk melihat lakonan saya dalam masa terdekat, sudah tentu ya.

    “Tetapi sekarang saya hanya mahu fokus pada album saya sahaja,” katanya.

    Dalam pada itu, penyanyi lagu Solo itu tidak menolak kemungkinan untuk berlakon suatu hari nanti memandangkan minatnya yang mendalam terhadap dunia perfileman.

    Meskipun sibuk dengan persiapan album, Jennie tidak menafikan bahawa keinginan untuk berlakon tetap ada dalam dirinya dan berharap dapat merealisasikannya apabila tiba waktu yang sesuai.

    “Saya sangat suka menonton filem dan terfikir bagaimana rasanya jika saya yang melakonkan sesuatu watak itu.

    “Sejujurnya, sejak setahun lalu saya sangat tertumpu untuk mendapat inspirasi bagi album saya sehingga saya tidak memiliki tenaga untuk berlakon,” ujarnya. – Agensi

    Jennie berhasrat untuk berlakon pada waktu yang sesuai. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda