Wednesday, February 5, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jennie Blackpink diserang peminat V BTS

    Ahli kumpulan Blackpink iaitu Jennie secara tiba-tiba diserang peminat V daripada kumpulan BTS.

    Ia disebabkan V secara tidak sengaja mengikuti akaun Instagram milik Jennie pada 7 Disember yang lalu.

    Bagaimanapun, selepas menyedari hal itu, V bertindak berhenti mengikuti laman sosial ahli kumpulan Blackpink itu.

    Namun sudah terlambat kerana warganet pantas menyebarkan paparan skrin yang memperlihatkan V mengikuti Jennie.

    Bagi menjelaskan perkara itu, V menerusi aplikasi ‘Weverse’ menjelaskan dia tidak sengaja mengikuti artis berkenaan di Instagram.

    Ahli kumpulan Blackpink, Jennie secara tiba-tiba diserang peminat V daripada kumpulan BTS disebabkan V secara tidak sengaja mengikuti akaun Instagram milik Jennie. – Agensi

    Walaupun sudah mendapat penjelasan, peminatnya berpusu-pusu ke Instagram Jennie untuk meninggalkan komen negatif.

    Tindakan peminat V itu menimbulkan rasa simpati warganet Korea yang menganggap Jennie sebagai tidak bersalah dalam hal itu.

    “Saya berasa sangat bersalah, Jennie tidak melakukan apa-apa tetapi dia diserang oleh peminat BTS yang menuduh dia cuba mendapatkan perhatian.

    “Saya tertanya-tanya jika Jennie terfikir untuk menutup ruangan komen pada akaunnya,”

    “Ini bukan kali pertama peminat luar negara melakukan perkara sebegini, tetapi saya tertanya-tanya mengapa mereka berbuat demikian?” tulis seorang lagi warganet yang berada di dalam komuniti berkenaan.

    “V yang membuat kesilapan, tetapi mengapa mereka menyerang Jennie?,” kata salah seorang ahli komuniti dalam talian tersebut. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda