Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun ambil alih kawalan kilang semasa krisis

    TOKYO, 26 DIS – Jepun akan memperkenalkan sistem bagi mengambil alih kawalan kilang secara sementara ketika waktu kecemasan bagi melindungi rantaian bekalan bahan kritikal seperti semikonduktor dan bateri, lapor agensi berita Kyodo yang memetik pengumuman kerajaan pada Selasa lalu.  

    Sistem baharu itu, yang dijangka dilaksanakan menjelang musim luruh tahun depan, bertujuan melindungi negara daripada gangguan yang disebabkan oleh keadaan luar jangka, termasuk wabak penyakit berjangkit dan kekurangan bahan mentah.  

    Sebagai negara yang kekurangan sumber, Jepun kini berusaha meningkatkan daya tahan rantaian bekalannya dengan memastikan pemerolehan stabil bagi 12 barangan utama yang ditetapkan di bawah Undang-Undang Promosi Keselamatan Ekonomi.  

    Antara barangan itu termasuk semikonduktor, gas asli dan produk ekonomi penting lain. – Bernama

    Gambar ANN/Japan TImes
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda