Sunday, September 29, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun perlu gandakan tenaga hijau menjelang 2035

    TOKYO, 25 JUN – Ratusan syarikat multinasional hari ini menggesa Jepun untuk melipatgandakan kapasiti penghasilan tenaga boleh diperbaharui menjelang 2035, ketika negara yang amat bergantung kepada arang batu itu mengemas kini dasar tenaganya.

    Kumpulan yang dikenali sebagai RE100, terdiri daripada lebih 400 syarikat besar yang komited untuk menggunakan elektrik sepenuhnya dari sumber boleh diperbaharui itu termasuk 87 firma Jepun seperti Sony dan Panasonic.

    “Dengan meningkatkan kapasiti tenaga boleh diperbaharui tempatan, Jepun mampu memperbaiki jaminan tenaganya dengan ke-tara, melindungi daya saing antarabangsa dan meningkatkan pelaburan swasta dalam lebih banyak projek tenaga boleh diperbaharui,” kata kumpulan itu.

    Kumpulan itu menyeru Jepun untuk menggunakan Rancangan Tenaga Strategiknya, yang dijangka diumumkan akhir tahun ini untuk menambah tiga kali ganda pemasangan kapasiti tenaga boleh diperbaharui daripada 121 gigawatt pada 2022 kepada 363 gigawatt sebelum 2035.

    Semasa rundingan iklim COP28 Disember lalu, hampir 120 negara termasuk Jepun berjanji untuk melipatgandakan tenaga boleh diperbaharui dunia dalam tempoh tujuh tahun satu usaha global di mana sumbangan setiap negara mungkin berbeza.

    Menurut angka Agensi Tenaga Antarabangsa pada 2022, Jepun pada 22.6 peratus dan Amerika Syarikat adalah negara G7 dengan bahagian tenaga boleh diperbaharui terendah dalam penghasilan kuasa semasa mereka.

    Kerajaan Jepun menyasarkan karbon neutral menjelang 2050 tetapi enggan menetapkan tarikh untuk menutup loji janakuasa arang batu pada mesyuarat iklim G7 tahun ini, di mana menteri-menteri bersetuju untuk mencapai matlamat pertengahan 2030. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda