Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun sahkan jangkitan Omicron tempatan pertama

    TOKYO, 22 DIS – Jepun hari ini mengesahkan jangkitan tempatan pertamanya varian Omicron di Osaka, satu petanda ia sudah membuat kehadirannya di negara itu.

    Tiga sekeluarga di Osaka itu tidak mempunyai rekod perjalanan keluar negara dan jangkitan mereka tidak dapat dikesan, kata Gabenor Osaka, Hirofumi Yoshimura.

    Ketiga-tiganya adalah kes pertama jangkitan komuniti berkaitan Omicron di Jepun, kata Yoshimura.

    “Saya percaya ia hanya berlaku setelah dikesan dan kita perlu mengambil langkah dengan menganggap bahawa sudah ada kes jangkitan komuniti lainnya,” katanya.

    Yoshimura berkata sekatan semasa ke atas tempat-tempat makan di Osaka akan dikekalkan, termasuk mengehadkan empat orang dalam satu meja bagi maksimum dua jam, atau meminimumkan risiko semasa cuti hujung tahun, ketika jangkitan koronavirus meningkat tahun lalu.

    Lebih 100 kes Omicron telah dikenal pasti di tanah besar Jepun, namun semuanya melibatkan pengunjung yang diuji positif semasa tiba di lapangan terbang atau mereka yang berkaitan, kata pegawai kerajaan.

    Menteri Kesihatan, Shigeyuki Goto, memberi respons terhadap pengesahan kes Osaka itu, berkata kerajaan akan melakukan sedaya upaya untuk mencegah penularan lanjut varian itu.

    Kebimbangan juga meningkatkan di pulau Okinawa, selatan Jepun, di mana kluster virus melibatkan 215 marin telah dikesan di pangkalan tentera AS. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda