Wednesday, September 25, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun tarik balik amaran tsunami untuk Kepulauan Izu, Ogasawara

    TOKYO, 24 Sept – Agensi Meteorologi Jepun (JMA) menarik balik amaran tsunami untuk Kepulauan Izu dan Ogasawara pada 11 pagi waktu tempatan, hari ini, selepas beberapa kawasan mencatatkan ketinggian ombak yang lebih rendah daripada ramalan sebelumnya.

    Agensi itu memberikan amaran bahawa perubahan kecil pada paras air pasang mungkin masih berlaku di sepanjang pantai Pasifik, namun tiada kebimbangan mengenai kerosakan akibat tsunami.

    Amaran dikeluarkan bagi menggesa penduduk menjauhi kawasan pantai selepas gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter melanda kepulauan Jepun pada pagi hari ini.

    Gempa bumi yang berlaku pada pukul 8:14 pagi waktu tempatan itu berpusat berhampiran Kepulauan Torishima pada kedalaman 10 kilometer, namun tiada intensiti seismik bacaan satu atau lebih yang direkodkan, menurut agensi cuaca. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda